top of page



Siapa Kami?
Maahad Tahfiz Al-Itqaan merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang komited dalam melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Kami menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan penekanan terhadap hafazan Al-Quran, akademik dan pembangunan sahsiah.
Visi
Menjadi institusi pendidikan tahfiz yang cemerlang dalam melahirkan generasi Al-Quran.
Misi
-
Menyediakan pendidikan Al-Quran yang berkualiti.
-
Membentuk sahsiah dan akhlak mulia.
-
Melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek ilmu dan kehidupan.
-
Memupuk kecintaan terhadap Al-Quran dan Sunnah.
Peringkat Pendidikan
Asasi
1-5

Membina asas pembelajaran Al-Quran melalui Iqra' dan surah-surah lazim. Pada masa yang sama, kanak-kanak dididik dengan adab, akhlak dan amalan sunnah yang mudah diamalkan dalam kehidupan seharian.
Darjah
1-6

Memberi tumpuan kepada hafazan Al-Quran secara berperingkat bermula dengan surah dan juz yang lebih mudah dihafal. Pelajar turut dibimbing mengamalkan adab, akhlak dan sunnah Rasulullah SAW sebagai asas pembentukan peribadi Muslim.
Mutawassit
1-5

Memperkukuhkan hafazan Al-Quran dengan sasaran juz yang lebih tinggi di samping memperbaiki kelancaran bacaan mengikut kaedah tajwid. Pelajar juga didedahkan kepada hafazan hadis-hadis pilihan serta penghayatan ilmu Islam untuk diamalkan dalam kehidupan harian.
Thanawi

Mengimbangi kecemerlangan akademik dan hafazan melalui persediaan intensif menghadapi peperiksaan SPM, di samping meneruskan pembinaan sahsiah dan penguasaan ilmu agama sebagai bekalan masa hadapan.
bottom of page
